top of page

Pengerusi 

Datuk Dr. Wong Lai Sum adalah jurulatih utama dan pengerusi di Le NouveauPro. Beliau telah merekacipta Pro-Exec method berdasarkan pengalaman beliau yang luas sepanjang tiga dekad dalam sektor awam dan swasta untuk digunakan dalam pusat latihan ini. Sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pensyarah dan penasihat kepada institusi akademik pengajian tinggi terpilih di dalam dan di luar negara, serta ahli lembaga nasihat / Majlis Perniagaan, beliau memahami keperluan syarikat-syarikat. Beliau bersama beberapa rakan sekerja yang berpengalaman dan terlatih bertekad untuk merapatkan jurang antara keperluan persekitaran kerja dan dunia akademik, telah memulakan perjalanan ini untuk memberikan PENGALAMAN DAN LATIHAN YANG BERBEZA.

bottom of page