top of page

Siapakah Kami?

Semakin ramai graduan yang tamat pengajian mereka setiap tahun, samada di dalam atau di luar negara. Kebanyakan daripada mereka tidak memiliki sebarangan pengalaman kerja. Walaupun mereka berjaya mendapatkan kerja, namun mereka masih memandangkan kemasukan ke dalam dunia korporat sebagai sesuatu perkara yang mengerikan. Majikan seringnya mengadu tentang ketidaksesuaian graduan dari institusi pengajian tinggi.

 

Le NouveauPro adalah sebuah pusat latihan bagi inidividu-individu muda untuk merapatan keperluan majikan dengan kemampuan graduan muda, bakal graduan, ataupun eksekutif muda. Ia adalah satu landasan yang membantu individu-individu muda untuk lebih memahami persekitaran kerja dan menyediakan mereka untuk cabaran masa depan. Kaedah ProExec yang digunakan dalam Le NouveauPro melengkapkan individu dengan kemahiran insaniah dan menjadikan mereka lebih yakin untuk mendapatkan kerja. Ia mengembangkan mereka di luar bidang akademik, beralih daripada pelajaran melalui buku-buku teks dan peperiksaan ke pembelajaran melalui pengalaman daripada gabungan kuliah-kuliah, simulasi, pelatihan, dan kajian kes.

Kaedah ProExec merangsangkan proses pemikiran dan membantu individu-individu berkembang serta menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam masa yang singkat. Individu-individu akan dipersediakan untuk menghadapi realiti serta cabaran dari tempat kerja, di samping memahami keperluan majikan.

PERLU BUTIRAN LAGI?
Kami disini untuk menolong. Sila hubungi kami dengan telefon, e-mel ataupun melalui saluran media sosial.
Team
bottom of page